Saya percaya ramai di luar sana masih mencari dan tidak pasti dari mana nak mula dan bagaimana sekiranya berhasrat INGIN TAHU pasal Takaful. Ada beberapa perkara yang perlu kita teliti sebelum mulakan antaranya:
1. Kenal pasti keperluan bentuk perlindungan diri kita sendiri. Samada medical card atau pampasan.
2. Kenal pasti sebarang perlindungan yang sedia ada samada sendiri atau dari syarikat tempat kerja.
3. Kenal pasti tahap risiko diri sendiri contohnya setiap hari ke tempat kerja menaiki motosikal dan jarak nya 20km pergi dan balik setiap hari.
4. Kenal pasti kepentingan diri sendiri dan keluarga. Adakah kita seorang "breadwinner" atau sebalik nya.
5. Jumlah pendapatan bulanan & jumlah perbelanjaan bulanan keluarga.
Sebagai contoh jawapan untuk 5 soalan di atas:
************************************************************
Seorang lelaki berusia 27 tahun tidak merokok yang rasakan medical card sebagai keperluan penting dan tidak memiliki sebarang perlindungan sendiri kecuali pampasan kematian dari syarikat sebanyak RM10,000 (insuran kelompok). Setiap hari menunggang motorsikal ke tempat kerja pergi dan balik melalui hiway sejauh 40km. Isteri tidak bekerja dan mempunyai seorang anak berumur 1 tahun. Berpendapatan RM3,500 sebulan dan jumlah perbelanjaan bulanan seisi keluarga adalah sebanyak RM2,000 sebulan.
Maklumat asas di atas sudah cukup memberitahu bahawa medical card sangat perlu kepada beliau. Sekiranya berlaku sakit atau kemalangan, syarikat tidak menanggung sebarang kos rawatan tapi sekadar pampasan kematian. Jadi jika berlaku contohnya kemalangan ketika pulang dari kerja, medical card sendiri bertindak sebagai penyelamat keadaan untuk beliau dan secara tidak langsung kepada keluarga nya sendiri. Segala kos pembedahan & rawatan ditanggung oleh pihak Takaful. Di sini berlaku suasana "Peace Of Mind". Dalam pada masa yang sama juga beliau perlu mempertimbangkan keperluan perlindungan pendapatan kerana sekiranya berlaku musibah contoh suami disahkan cacat kekal, sejumlah wang pampasan akan dibayar.
Tetapi untuk kes yang lebih teruk lagi jika beliau meninggal dunia. Wang pampasan akan dibayar kepada si isteri. Si isteri akan gunakan wang tersebut untuk meneruskan kehidupan dan membesarkan anak.
Satu soalan bonus.... Berapa jumlah pampasan yang perlu beliau ambil jika pendapatan bulanan nya sebanyak RM3,500 manakala jumlah perbelanjaan bulanan seisi keluarga adalah sebanyak RM2,000 sebulan ???
Katakan beliau inginkan keluarga nya boleh kekal dengan cara hidup sekarang selama 25 tahun walaupun dia sudah tiada. Kita andaikan juga Inflation adjusted rate sebanyak 2%.
- inflation adjusted rate = 2%
- 25 tahun
- Yearly expenses = RM24,000
Jawapan: RM477,934
Jadi jumlah pampasan yang sepatutnya dia perlu ambil adalah sebanyak RM500,000 (kita genap kan).
Kesimpulan:
***************
1. Saya mencadangkan beliau mengambil medical card . mengikut daripada quotation yang saya buatkan, jumlah premium bulanan beliau adalah sebanyak RM125 sebulan.
RM125
- Basic/ TPD = 25,000
- Medical card = RM1,000,000 had sepanjang hayat
- Cash Value age 57 = 34,700
Tapi minta beliau mempertimbangkan benefit yang SAYA cadangkan di bawah:
RM150
- Basic/ TPD = 25,000
- Accident Death & Disablement = RM25,000
- Weekly Indemnity = RM400 / minggu
- Medical card = RM1,000,000 had sepanjang hayat
- Cash Value age 57 = 41,000
2. Saya juga mencadangkan beliau mempertimbangkan juga plan hibah (PruBSN Warisan) sebagai income protection. Mengikut quotation yang telah saya buatkan dan berdasarkan jumlah pampasan yang beliau perlu ambil adalah sebanyak RM185 sebulan.
RM185
- Pampasan cacat kekal = RM500,000
- Pampasan kematian = RM500,000
- Cash value age 57 = RM83,200
3. Jumlah komitment bulanan beliau adalah sebanyak RM310 atau RM335. Jumlah cash value apabila usia 57 tahun adalah sebanyak RM117,900 atau RM124,200.
Manusia Yang Gagal Adalah Manusia Yang Gagal Merancang Masa Depan Sendiri.
Credit: Edi
AKMAL
WEALTH ADVISOR
#PruBSN #PruBSNTakaful #Takaful #hibah #CertifiedWealthPlanner #CertifiedIslamicWealthPlanner